Quantcast
Channel: Tertunailah Hasrat Di Hati
Viewing all 1256 articles
Browse latest View live

RESEPI KUIH KERBAU GULING/KUIH HITAM/KOLEH HITAM VIRAL

$
0
0
Assalamualaikum semua

Heboh pasal kuih kerbau guling sehingga menjadi viral di media sosial.

Sampaikan RTM 1 pun ada ke Rantau Panjang untuk membuat  liputan.

Penjual cuma mengambil masa 1  jam sahaja menjual disebabkan rmai yang berpusu pusu membelinya.

Nama kuih yang berasal Dari Thailand, namanya ialah Kanom Piakpoon.

Akak pun tak tau macam mana nak membuatnya kenalah tenguk kat

youtube https://m.youtube.com/watch?v=Ppopa3msBJY&feature=youtu.be

Nasib baik ada yang sudi translate tapi tak guna pulak air tempurung kelapa cuma guna serbuk arang yang ada jual kat bakeri. Alaa kalau makan roti warna hitam , tulah campuran serbuk arang.
Komen dari Facebook
Bila tgok video tak da.. la pula chef tu kata pakai santan dgn tempurung kelapa bakar.. yg dia buat pakai. tepung beras, air rendaman bunga melor, air kapur, gula dari pokok kelapa/gula Thai, air bancuhan dari hampas kelapa yg digoreng sampai hitam,garam, dan satu bahan yg tak pasti sejenis lagi tepung tak tahu tepung jenis apa?  Mungkin resepi kat atas yg dishare tu olahan atau versi baru... Jom sama2 kita try buat....

terbaik terjemahan bahasa satu lg tepung tu adalah tepung kanji


Violet dalam rancangan masakan tu kata.. hampas kelapa dikoreng sampai hitam... Macam buat kerisik tu.. tapi goreng sampai hitam..

Ain Nonie mungkin itu olahan resepi baru.. Saya tak berapa fasih ckap Thai.. tapi mak org Thai. suruh mak translate.. duk tanya juga betoi dak.. hampas kelapa.. atau tempurung kelapa.. dia kata hampas kelapa.. kuih ni ada dua jenis warna hijau dgn hitam.. hijau letak pandan... Hitam letak kelapa hitam tu..

hermm boleh gak guna kelapa parut goreng hingga hitam. Lagi sedap baunya kot.

Ada pulak kata ;
Arwah Atok ambo bakar kelapo yg dicugkil / lekang dgn kulit itam2 tu..bkn guna tempurung kelapo..lps tu bakoo
Tok kato jd ubt..mase tu kita tk minat nk ambik tau bda pelilk2 mcm tu.

Wah  mana satu yang nak dicuba
a. guna tempurung kelapa
b. guna kelapa goreng hingga hitam
c. sisa kelapa parut pastu bakar hingga hitam
d. sabut kelapa bakar sampai hitam
e. serbuk arang-kedai bakeri

fuhhh..banyak versi ni

Ni yang buat akak tak sabar nak buat. Doakan virus R akak cepat datang.

Yang uniknya kerana ada campuran tempurung bakar, letak air kemudian tapis dan masuk bancuhan.

Pastu di masak di atas api sehingga likat baru tuang dalam loyang. yang telah disapu sedikit minyak ataupun alas dengan plastik tahan panas.


CARA BUAT KUIH KERBAU GULING

Bahan-bahannya

250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapor makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja dan tapis)-pastikan tempurung yang bersih
1 liter air (tenguk kepekatan)
Secubit garam

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas/loyang yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. 
Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. 
Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 
Siap boleh di makan, kalau nak sedap masuk dalam peti sejuk.

p/s Pastikan tempurung yang di bakar tumbuk halus dan letak air.
Tapis dengan kain.
Atau beli serbuk arang kat kedai bakeri

Resepi kredit dan gambar dari facebook
Tengku Zaharah 
Izinkan akak share resepi kuih kerbau guling ni.

makan dengan kelapa muda kukur lebih umphhj

UDANG GORENG KUNYIT DENGAN SAYUR MAYUR

$
0
0
Assalamualaikum semua

Bila dah berusia ni, kadang kadang datang penyakit pemalas nak ke dapur, berlengkau ajer kat depan tv terutama bila tiba bulan puasa.

Duklah melayan sorang sorang sambil sambil sidai kain, sapu dalam rumah ataupun kat luar.  Akak ni  malas nak gi mesyuarat kat rumah orang.  
Bila dah balik dari hantar anak sekolah dalam minggu ni dah mula buat kukis coklat chips yang customer tempah.

Akak tak ambik banyak, sebab tak larat nak berdiri lama, ambik pun sebab Ira yang dah ambil alih bisnes kukis akak ni.
Image may contain: 1 person, food
Buka puasa makan lauk udang goreng kunyit jer, senang ajer nak buat.

Bahan-bahannya:
15 ekor udang saiz besar  - dipotong kepala dan ekornya
Serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit bunga kobis-potong kecil
Cendawan
*4 biji bawang putih - tumbuk
*Sedikit halia-tumbuk
*Sedikit lada hitam-tumbuk
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaannya:
1.  Udang diperap dalam 10 minit dengan serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit garam.
2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.  Masukkan cendawan yang telah di hiris.
3.  Masukkan bunga kobis dan biarkan masak sebentar.
4.  Masukkan udang, perasakan dengan garam, masukkan hirisan bawang besar  dan gaul lagi.
5.  Tutup api dan bolehlah di hidangkan segera.😍

RESEPI KEEMA DAGING SEDAP

$
0
0
Assalammualaikum semua

Buat keema daging ni sebab nak makan dengan roti canai segera, sebab rasa jemu makan nasi setiap kali buka puasa.

Resepi asal dari Mat Gebu, tapi akak ada tukar sikit bahan dan cara memasak.

Bahan-bahannya
1  biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam
200 g daging kisar
1 biji tomato-dadu
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, potong kasar
1 biji cili hijau, potong kasar
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
daun ketumbar
batang daun sup
daun bay sehelai
sedikit tairu-susu cair ideal campur dengan sedikit jus limau nipis

Cara-caranya
  1. Perap daging dengan serbuk kunyit, garam, daun ketumbar dan bahan kisar termasuk cili merah/cili hijau.
  2. Panaskan  minyak sapi, tumis bawang besar, batang daun sup, kulit kayu manis, daun bay/salam dan bunga lawang hingga harum.
  3. Masukkan rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  4. Masukkan daging, kacau sehingga air daging kering, baru masukkan tomato dadu dan tomato puree.
  5. Kemudian masukkan pula kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk).
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering baru masukkan tairu.

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API STAIL NEGERI SEMBILAN

$
0
0
Assalammualaikum semua😇

Sekarang ni harga santan timbang kat tempat akak dah RM11.00 sekg, nak buat macam mana semua harga mahal la ni.😅  

Kalau stail Nogori masak lomak memang tak guno bawang, sonang bo😉nar kan.

Bahan-Bahan
1 kilo siput sedut
20 biji cili api-nak pedas tambah lagi
4 batang serai-ketuk hujung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang daun kunyit-dicarik dan diikat
1 mangkuk  santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukupnya
2 asam keping

Cara-cara

1. Bersihkan/berus siput, buang hujungnya.s
2. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk, serai bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan  cair dan asam keping, gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih, sebab takut naik minyak.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta santan pekat, kacau lagi sehingga mendidih.
7. Biarkan mendidih sebentar, rasa cukup asam garam baru tutup api. Sedia untuk di makan.

MADAH BERHIKMAH AMIR ZARITH

$
0
0
✍Sayangnya Allah pada Tun Mahathir, Allah izinkan Tun Mahathir hidup 93 tahun untuk lihat segala kesilapan dia dan perbaiki balik segala kesalahannya....

  Sayangnya Allah pada Najib, Allah benarkan rakyat bersuara untuk jatuhkan Najib agar tidak terus berbuat kezaliman....

  Sayangnya Allah pada pimpinan Ulamak, Allah berikan kemenangan pada beberapa buah tempat sebagai ruang rujukan dan teguran buat pimpinan yang diangkat...

   Sayangnya Allah pada Anwar,terpelihara dari derita sakitnya dalam tempoh terkurung di tembok batu

  Sayangnya Allah pada Malaysia, Allah angkat pimpinan-pimpinan yang disayangiNya untuk mentadbir dan memperbaiki negara...

   Sayangnya Allah pada kita, Allah tutup segala aib, dosa dan kejahatan yg kita lakukan, Allah makbulkan doa-doa kita....

  Kita memandang Tun Mahathir sebagai seorang tua yang tidak cukup waktunya....
 Namun kita lupa, Allah beri kita masa untuk perbaiki segalanya bersama..

  Rahmat Allah terlalu luas, keampunanNya tidak mengira siapa.. 

mengapa kita masih bersengketa? 
Maksumkah kita?

Kredit
FB : Amir Zarith
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=390627138117489&id=100015106175408

RESEPI PECAL JAWA SEDAP

$
0
0
Assalammualaikum semua

Bila buat pecal, jarang makan nasi, makan camni kenyang.  Ada gak tempe dan tauhu tapi dalam piring lain, lupa lak nak ambik gambar.

Ada yang suka buh cekor dalam adunan kuah, ada yang tak suka tapi kalau ikut orang jawa mereka memang suka letak cekor.

Sayur-sayuran semua celur sekejap, tauhu dan tempe goreng yer.  Telur tu di rebus, akak tak buang kulit dulu sebab kalau nak makan baru buang.


Bahan-bahan
1 cawan kacang tanah - goreng
10 bili cli kering - goreng hingga garing
5 biji bawang merah - goreng
1 inci  belacan - goreng
1 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan gula merah/gula melaka-hancurkan
2 sudu makan gula pasir - (ikut suka untuk tahap manis)
garam secukupnya
air panas secukupnya
cekor-pilihan

Cara-caranya
  • Panaskan minyak. 
  • Goreng kacang dengan api sederhana. Angkat dan toskan.
  • Goreng lada kering, kemudian bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. 
  • Tumbuk kacang, jangan halus sangat.
  • Tumbuk pula bahan yang telah di goreng iaitu  bawang, cili kering bersama belacan hingga lumat, kalau suka masukkan cekor.
  • Keluarkan masukkan dalam mangkuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan pes asam jawa.
  • Masukkan air panas, kacau rata, masukkan pulak kacang tanah. 
  • Rasa cukup rasa pedas dan manis bolehlah di hidangkan bersama sama bahan sampingan.


          RED PEARL COOKIES/BISKUT RED PEARL SEDAP DAN MUDAH

          $
          0
          0
          Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies Red Pearl Cookies.

          Assalamualaikum semua

          Selepas berehat lebih 2 tahun tak buat jualan kukis coklat chips, tahun ni akak ambik sedikit tempahan sebab jelous dengan Ira lah kononnya😌.  Ira ambil alih buat kukis tapi dek kerana dia masih belajar, tak dan nak buat tempahan.😟

          Akak tolonglah buat  serba sikit, pastu suruh Firdaus promote, alhamdulliah ada yang masih sudi nak order. Harga bahan bahan baking, makin lama makin naik harga, akak dah tak jual 100 pcs, kurangkan isi dan harga.

          Dek kerana tempahan dah tak banyak, akak nak tukar aroma biskut coklat chip ke biskut red pearls pulak, kebetulan anak buah ada tempah sebalang.

          Biskut ni akak tak pernah buat, bila tenguk bahan ada kat rumah, akak pun buat, erhmm sedap gak rasanya sebab guna pure butter. 

          Resepi ni dah lama ada kat google, akak pun ambik dari rakan blogger.

          Sumber dari Cendana Kasih

          Bahan-bahan

          • 150gm mentega
          • 150gm tepung gandum
          • 75gm gula kastor
          • 60gm cornflakes - ramas sedikit
          • 50gm coklat chips
          • 25gm almond nibs/hazelnut/gajus-bakar sekejap
          • 1 sudu teh esen vanilla
          • 1/4 sudu teh emplex
          • Ceri merah/hijau  dihiris memanjang sebagai hiasan

          Cara-cara

          1. Kacau mentega, gula dan esen vanilla menggunakan sudip kayu hingga sebati saja
          2. Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh
          3. Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu dibakar.  
          4. Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri di tengahnya
          5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 deg cel selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing
          6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

          RESEPI SOTONG KATOK SERAI ALA KELANTAN/SOTONG SINGGANG

          $
          0
          0
          Assalammualaikum

          Sekali sekali tekak nak makan lauk simple, rebus camni. Mula nak buat tomyam tapi bahan tak cukuplah pulak.




          Bahan-bahan :
          10 ekor sotong ukuran kecil- asingkan kepala dan badan, buang dakwat hitam , cuci bersih dan toskan
          1 biji bawang besar - mayang *
          1 biji bawang putih - mayang *
          1 keping asam keping*
          Sehiris lengkuas *
          2 batang serai (kecil) tumbuk hujung*
          2 cawan air *
          Garam 
          Cili api
          Cili hijau
          Bendi

          Cara-cara :
          Didihkan semua bahan-bahan bertanda bersama asam keping. *
          Kemudian masukkan sotong, cili api, cili hijau dan bendi.
          Masak hingga mendidih dan masukkan garam. 
          Bila dah cukup rasanya bolehlah di tutup api.
          *Sotong jangan masak lama sebab nanti liat.



          RESEPI KARIPAP INTI KENTANG BERDAGING SEDAP

          $
          0
          0
          Assalammualaikum semua

          Sepanjang bulan puasa ni, agak jarang akak buat kuih sebab yang tinggal kat rumah cuma 3 mulut ajer, beli ajer 2 jenis kuih kering dan basah baru RM4.00.

          Selalu beli kat Pasar Ramadhan kat area Bandar Baru Salak Tinggi, kali ni suami cuba beli kat tempat lain.  

          Bila beli karipap harga 50 sen satu, terkejut bila imran goncang boleh dengar bunyi inti, akak suruh patah dua, alahai terkena karipap oksigen rupanya.


          Buat sendiri gak yang sedap, tapi kena buang virus M dulu, akak buat banyak pastu bakar jap dalam oven, dan frozenkan.

          BAHAN-BAHAN
          500g Tepung
          50g Tepung Beras
          50g Tepung Ubi
          1 sudu besar  Gula
          1 sudu teh  Garam
          2½ sudu besar Marjerin*
          ¼ cawan Minyak* (* panaskan) 
          Air

          CARA-CARA:
          1. Campurkan kesemua bahan bahan kering.
          Tuangkan minyak panas & gaul rata.
          Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.

          Akak letak doh dalam plastik berikat dan tutup selama lebih kurang 20 minit.

          2. Bahagi dok kpd bebola kecil setelah 20 minit.
          Leperkan & isi dgn inti kesukaan
          Buat sehingga habis.

          3.Goreng dgn minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga   sehingga garing.


          Kalau nak buat inti kentang, resepi kat sini

          RESEPI OTAK OTAK IKAN TENGGIRI

          $
          0
          0
          Assalammualaikum semua dan selamat berpuasa

          Bila teringin nak makan otak-otak, kenalah tunaikan hasrat dihati.  Semua stok ada kat rumah cuma yang tak ada ialah daun pisang.  Nasib baiklah ada daun kunyit yang daunnya lebar,


          Bahan-bahan 
          3 keping ikan tenggiri - Diambil isinya dan blend/cincang
          5 batang cili kering *
          1 cm kunyit hidup*
          3 biji bawang merah*
          1 biji bawang putih*
          1 batang serai*
          1 sudu kecil ketumbar biji*
          1cm belacan*

          Bahan lain
          1 biji telur
          Hirisan daun kunyit
          3 sudu makan kelapa parut
          3 sudu santan pekat
          garam dan gula secukup rasa
          sedikit tepung jagung

          Garam gula secukup rasa
          Daun kelapa untuk membungkus-guna daun kunyit
          Lidi secukupnya

          Cara-cara
          1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk termasuk isi ikan, hirisan daun kunyit, masukkan telur, santan, kelapa parut, gula, garam dan tepung jagung. Gaulkan sebati.
          2.  Masukkan ke dalam daun kelapa dan sematkan lidi di kedua hujung daun.
          3. Panggang sehingga masak...

          SELAMAT AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

          $
          0
          0
          Assalamualaikum semua

          Alhamdulliah dapat lagi merayakan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ni yang jatuh pada hari Jumaat yang mulia.

            Macam biasa menu kami rendang campur, rendang ayam pencen, kuah kacang, sambal sotong kering dan kuah lodeh.
          Kali ni giliran anak lelaki beraya kat rumah besan, 
          tak kisahlah kan, kenalah tolak ansur, tak kan nak anak kita jer nak beraya dengan kita.  Bila beraya kita nak bergembira, bukannya bermasam muka.😊

          Nak ambik gambar reramai pun payah, sebab kat rumah mak akak lepas solat raya, orang lelaki dan kanak-kanak akan takbir raya di setiap rumah sehingga ke tengahari.😀

          Akhirnya dapat gak ambik gambar raya kat rumah Yana di Batu Pahat.😍

          Ketupat di anyam oleh anak akak Yana dan di bantu sedikit oleh Imran dan Ira. Nasib baik ada pewaris dari ayah dia, akak dari mula kawin belajar tak khatam khatam😝

          Kali ni ada gambar ciuman dari anak anak lah pulak. Gambar ambik kat Gemenceh.😍
          ni nak minta apa lah ni😊
          bau wangi ker busuk aaa😄
          bila ada anak kecil, memang harulah biru 
          nak ambik gambar, mesti semua tak fokus.😉

          “Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya.
          Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA.
           Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA…
          SELAMAT HARI RAYA AIDIL  FITRI💖

          TERBELA ANAK KUCING

          $
          0
          0
          Assalamualaikum semua


          Perkenalkan anak kucing kami.
          Mak anak kucing orang buang, pastu termengandung dan terberanak kat luar rumah kami.

          Lebih trajis mak anak kucing ni mati kat rumah jiran.  Mulanya ada 5 anak tapi 2 tak dapat diselamatkan.

          Tinggallah 3 ekor, tak jaga cucu..kena jaga anak kucing lah pulak.


          PIZZA BUAT SENDIRI DI RUMAH YANG SEDAP DAN MUDAH

          $
          0
          0
          Assalammualaikum semua

          Bila anak anak balik beraya, baru mood nak buat pizza sendiri kat rumah.  


          Bahan Untuk Doh
          1. 2 cawan tepung roti 
          2. 1 sudu kecil yis segera
          3. 1 sudu teh gula/1 sudu makan susu tepung
          4. 1/2 sudu teh garam/sedikit mixed herb
          5. 1/2 cawan air suam (akak tambah sikit dalam 2 sudu makan)
          6. 2 sudu makan minyak zaiton
          Cara-cara
          1. Campurkan gula dan yis dalam air suam. Biarkan berbuih.
          2. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang di campur dengan garam dan minyak zaiton.
          3. Uli sehingga lembut dan licin. Tutup dengan sling wrap dan biarkan naik sehingga 2x ganda.  Akak masukkan dalam breadmaker.  Masukkan cecair dulu baru masuk tepung dan bahan yang lain.
          4. Setelah naik, tumbuk untuk buang angin dan canaikan dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. 
          Biarkan seketika. Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.  Buhlah sos pastu tabur bahan toping dan akhir sekali buh mozarella cheese
          Bahan Untuk Sos
          1. 500gm daging kisar
          2. 1 biji tomato (kisar halus)
          3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
          4. 3 sudu makan sos tomato
          5. 2 sudu makan pes tomato
          6. 1 sudu teh mixed herb
          7. 1 sudu teh pizza herb
          8. 3 biji bawang putih di cincang
          9. garam secukup rasa
          10. minyak zaiton
          Cara-cara
          1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
          2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
          3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, oregano dan garam.
          4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api.
          Bahan Untuk Di letak di atas pizza(sebenarnya ikut suka hati)
          1. hot dog (hiris halus)
          2. filament stick crab (potong kecil)
          3. cili banggala/bawang besar
          4. cheddar cheese
          5.  mozarella cheese

          SAGU GULA MELAKA SEDAP DAN MUDAH NAK BUAT

          $
          0
          0
          Assalamualaikum semua

          Bulan puasa hampir tiba, ramai kaum wanita dah mula mengganti puasa, al maklumlah orang perempuan kan ada ABC setiap bulan.👀

          Yang tak datang perempuan yang dah putus haid dan yang sedang mengandung.😁

          Akak suka gak buat sagu gula melaka  ni, nyaman jer masuk ke dalam tekak, tak yah kunyah.  Selain dari menggunakan santan boleh ajer guna susu sejat.😋 

          Kali ni akak tak guna apa apa warna pun, buat pencuci mulut untuk kami berdua.

          Bahan-bahan
          • 300 gm biji sagu (warna putih)
          • 2 liter air

          Untuk sirap gula
          • 1 ketul gula melaka, potong kecil
          • 1/2 cawan gula pasir
          • 1/4 cawan air
          • 1 helai daun pandan-di siat-siat
          (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
          • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam (*boleh ganti dengan susu sejat)

          Cara Menyedia
          1.  Didihkan air kemudian masukkan daun pandan.
          2.  Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
          3.  Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. 
          4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
          5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. 
          6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

          SELAMAT BERTUNANG ANAKKU

          $
          0
          0
          Assalamualaikum semua

          Untuk kenangan satu keluarga apa salahnya berkongsi kegembiraan dengan pembaca blog akak.😊
          30 Jun 2018 (Sabtu)
          Terima kasih buat kak long sekeluarga, adik sekeluarga, adik ipar serta anak beranak yang sudi memeriahkan majlis ini.
           gubahan anak perempuan
          dulang tempah kat kedai
          alhamdulliah mak masih berpeluang lagi 
          melihat cucunya bertunang
          sempat gak ambik gambo bersama cucu-cucu, 
          havoc betul nak ambik gambar dengan budak kecik ni
           gelagat Aiman kebosanan
          mak mak yang cun
          doa agar di permudahkan yer


          ☔BILA AYAH BERPOLIGAMI, KELUHAN ANAK ISTERI PERTAMA😓

          $
          0
          0
          Soft reminder....
          👤Buat para suami...
          #kredit untuk penulis...

          Ayah berpoligami, hidup keluarga kami berubah dan dia banyak mengeluh mengenai kewangan.
          🗣
          Di mulut dan di depan hakim, dia berjanji akan berlaku adil kepada isteri pertama dan isteri kedua. Namun janji-janji itu entah ke mana apabila si lelaki mula terasa beban selepas mempunyai keluarga kedua.
          👩‍👩‍👦‍👦
          Ini adalah realiti hidup berpoligami. Bukan bertujuan menakutkan, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dari seorang anak yang melihat bapanya berpoligami yang akhirnya berlaku tidak adil pada isteri pertama.

          🌿Semoga anda yang mempunyai hasrat untuk berpoligami berfikir sebaik-baiknya agar keputusan yang diambil tidak membebankan orang lain.

          ⚡KETIKA aku berumur 16 tahun, aku mendapat tahu yang ayah ada perempuan simpanan dan masa itu juga mak dan ayah dalam usia lewat 40-an. Sepatutnya pada waktu itu mereka sudah berfikir apa yang mereka nak buat selepas berpencen. Tetapi tidak pada ayah aku.

          💥Ayah terlalu cintakan kekasihnya sampai nak dijadikan sebagai isterinya yang kedua. Tetapi tanpa dia sedari, dia telah membuat keputusan yang akan membebankan dirinya dan keluarga. Ini adalah cerita realiti poligami pada usia tak berapa muda.

          💨Ayah dan ibu seringkali turun naik mahkamah. Ayah mahu berpoligami tetapi ibu membantah. Dan akhirnya ayah menang kes ini di mana dia berjanji di depan hakim yang dia mampu dan akan berlaku adil.

          🔥Semenjak dari itu, hidup kami berubah. Ayah ada jadual untuk tidur di rumah yang mana dan kami mula nampak janji-janji dia untuk berlaku adil memang langsung tidak ditepati. Dia banyak membelanjakan duitnya ke arah isteri nombor dua.

          👩‍👩‍👧Isteri kedua kemudian melahirkan tiga orang anak. Dengan isteri pertama iaitu ibu kami pun ada tiga orang anak. Jangan ditanya perbezaan umur. Memang 20 tahun beza umur kami dengan adik-adik kecil itu.

          😔Isteri kedua tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa menjaga tiga orang anaknya itu. Ayah pula memang 100% tanggung keluarga yang kedua.

          🤖Mereka selalu keluar berdua dan bila mereka keluar berdating, anak-anak mereka ditinggalkan dengan ibu, minta isteri pertama menjaga mereka. Tetapi dengan ibu, ayah jarang sekali nak bawa pergi berdating.

          🙄Malam valentine, ayah siap bawa isteri kedua dinner dan tinggalkan anak-anaknya di rumah isteri pertama. Di mana janji-janji dia kononnya akan berlaku adil?

          😠Ayah selalu mengeluh tentang kewangan, maklumlah isteri kedua boleh tahan tinggi maintenancenya. Sewa rumah, bil dan sekolah anak-anak keluarga kedua semakin membebankan ayah. Seringkali ayah mengeluh dengan anak-anak dia yang sudah dewasa ini iaitu kami, untuk membantu dia dengan rumah keluarga pertama ini.

          😬Dengan erti kata lain, ayah mahu melepaskan tanggungjawab dia pada keluarga pertama supaya dia boleh menjaga keluarga kedua. Dia semakin penat memikirkan duit dan semakin banyak mengeluh.

          😯Umur untuk pencen pula semakin dekat, dan itu yang membuatkan ayah semakin runsing. Anak-anak hasil dari perkahwinan pertama semakin dewasa. Mereka sudah mula berkahwin dan mempunyai anak mereka sendiri.

          🙁Ayah telah memilih jalan hidup yang bakal buat semua orang susah. Bukan saja dia telah membebankan dirinya, dia juga telah membebankan anak-anak pertamanya untuk memikirkan hal adik-adik kecil yang baru mula bersekolah sedangkan mereka sendiri baru nak memulakan keluarga.

          😑Bukan itu sahaja, ayah akan menyusahkan anak-anak kecilnya juga. Ayah mungkin dah tak ada semasa mereka masuk sekolah menengah atau semasa mereka masuk universiti. Siapa yang mahu membiayai semua itu?

          😯Anak-anak yang pertama ini akan ada keluarga sendiri dan sudah kena berfikir untuk anak mereka sendiri. Bagaimana dengan hidup anak-anak kecil dari keluarga kedua itu? Mereka akan rasa susah di kemudian hari kerana bapanya sudah tiada untuk menyara mereka. Yang boleh membantu mereka hanyalah adik beradik tuanya dari keluarga pertama.

          🙁Tetapi persoalannya ialah, mampukah mereka menyara adik-adik kecil sekali dengan keluarga mereka?

          😯Masa akan berlalu, penyesalan mungkin akan berlaku. Tetapi pada masa itu semuanya dah tak boleh diubah. Kita dah tak boleh kembali ke masa lalu. Semua orang terpaksa juga mengharunginya, terpaksa hidup dengan apa yang telah terjadi.

          😒Wahai lelaki yang teringin nak berkahwin lagi, fikirlah jauh terutamanya usia dah menjangkau 40 tahun. Waktu itu patutnya korang dah fikir nak berehat di umur 50 tahun. Bukannya menambahkan lagi tanggungjawab dan beban.

          😳Sekejap saja syok bercinta itu, bila anak hasil dari perkahwinan kedua itu sudah bersekolah, baru korang akan rasa susah dan bebannya hidup. Malah korang juga akan tempiaskan kesusahan korang itu pada ramai lagi orang.

          Sumber: JN, IIUM Confessions

          MUSIM DURIAN DI JOHOR LAGI

          $
          0
          0
          Assalammualaikum semua

          Bulan Mac 2018 yang lepas, kami dapat gak merasa durian Johor, kali ni lagi banyak dari dulu.
          http://www.kakinakl.com/2018/03/musim-durian-di-johor-mac-2018.html

          Kebetulan kami pergi ke majlis perkawinan sepupu kat Johor Bharu, kemudian kami ke rumah Yana di Batu Pahat.  Oleh sebab highway dari Johor Bharu menghala ke Yong Peng, agak jem, kami ikut jalan kampung.

          Bermula dari Pekan Nanas Pontian, dah mula jumpa orang jual durian, durian kampung rata-ratanya di bawah RM8.00.  Bila sampai kat Benut, suami mula turun tanya harga, harganya berbeza beza, kami cari lagi sampai ke tempat yang jual RM6.00 sekg.  

          Beli 3 biji ajer dulu, buah manggis pulak RM12 lebih mahal dari durian.

          Sampai di Senggarang, suami beli lagi, kali ni RM3.00 sekg yang kecil sedikit serta beli rambutan RM3.00.

          Cukuplah nak makan kat rumah anak.  Bila makan beramai memanglah sedap, durian yang 3 hinggit tu rasanya pahit pahit sedap.  Kami berdua suka, tapi anak anak tak gemar pulak.

          Bila tenguk kat fb durian kampung besar RM4 dan IOI RM8 sekg kat Muar, akak pun wasup, rupanya Lily ni peraih durian.  Janji nak pergi tenguk kat rumah dia, alhamdulliah masih ada lagi stok.  IOI yang rosak sikit penjual letak harga sekg 5 hinggit
          Apa lagi belilah aa untuk makan sepuas hati . Beli gak untuk Ira makan kat rumah sewa dengan teman sebilik.  

          Sape yang kaki makan durian bolehlah aaa jalan jalan ke Johor, kata penjual tahun ni 3 kali dah musim durian lebat berbuah.  

          Pasni kena tunggu tahun depan baru dapat makan lagi.

          Kalau Johor jauh boleh pergi ke Mantin, katanya durian kat situ pun murah gak.



          TIPS BELI.DURIAN

          $
          0
          0
          SELALU KENA TIPU TIME BELI DURIAN??
          Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

          1. Bentuk bulat.
          Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

          2. Berat durian.
          Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

          3. Tangkai.
          Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

          4. Bunyi.
          Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

          5. Duri.
          Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

          6. Bau.
          Hidu durian dan cari yang berbau manis.

          7. Juring.
          Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

          8. Kulit.
          Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

          9. Warna.
          Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

          10. Musim.
          Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
          .
          .
          Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

          Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.
          .
          .
          Terima kasih Encik Azlan Noor
          Pilih, beli dan makan durian

          UBAT MATA ANAK KUCING/HARGA UBAT MATA KLORAXIN

          $
          0
          0
          Assalamualaikum semua

          Bila ada anak anak bulus kat rumah ni, kenalah google cari pelbagi info tentang penjagaan anak kucing.

          Mula tenguk mata mula berair dan bertahi bila mak kucing ni dah mati dekat seminggu lebih.  Bila di biarkan makin lama making teruk sehingga hampir terjojol biji mata.

          Selalunya tugas mak kucing ialah mencuci mata dan badan anak kucing, mak yang menjaga setiap anak anaknya akan setiap hari  menjilat/membersihkan bulu anak kucing.   

          Bila mak kucing dah matI, mula mata anak kucing mula berair dan tahi mata berkumpul dan mula banyak infection.

          Mulalah anak kucing kurang nak makan dan minum ..macam baby gak aaa

          Mula mula tak tau akak guna wipe tissue, bila google rupanya tak boleh.  Kena guna air suam dengan tisu biasa bersihkan dulu segala yang melekat di tepi mata.  Kemudian buh ubat mata yang akak beli di farmasi.

          Harganya RM6.00 kat area rumah akak tapi anak akak Yana beli kat farmasi batu pahat baru RM4. Harga ubat di farmasi pun bergantung kat mana kita duk kot, kalau area rumah orang have have boleh pegi sampai belasan hinggit tau.

          Ubat mata ni  memang di gunakan untuk manusia, boleh guna gak untuk anak kucing rupanya, tapi dah buh kat mata anak kucing jangan pulak buh kat mata kita atau anak pulak tau.  Belilah yang baru.

          Kemainlah orang kat farmasi tu promote lak ubat anti virus ni, apa lagi cairlah hati akak untuk membelinya, terbang duit RM26.90, nasib baik boleh gak guna untuk rumah.

          Setiap pagi akak letak ubat mata ni, yang kena 2 ekor, seekor lagi pun akak buh sebab anak anak kucing ni suka bergumpal, dah tentulah senang nak dapat jangkitan.

          Anak kucing ni bila tau nak buh ubat kat mata mulalah melarikan diri, akak tak bela dalam sangkar, berkerjaranlah di tepi rumah dibuatnya.

          Alhamdulliah dah mula membaik dah. Selera makan pun dah ada, badan pun mula membesar dengan jayanya.

          RESEPI KUIH KETAYAP/GULUNG MUDAH DAN SEDAP

          $
          0
          0
          Assalammualaikum semua

          Kat rumah akak memang buat inti kelapa banyak banyak, pastu frozen, senang nak buat kuih muih nanti seperti badak berendam, kuih ketayap atau kuih bijan.




          Bahan-bahan.
          • 2 cwn tepung gandum
          • 1 biji telur
          • 1 sudu kecil pewarna hijau/ kuning
          • 2 cawan air
          • 3/4 cawan susu segar/santan
          • 1 sudu kecil garam
          • 1 sudu besar minyak masak
          • minyak untuk oles pada kuali/non stick pan

          Untuk Inti
          • 1 biji kelapa parut putih 
          • 1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
          • 2 sudu besar gula pasir
          • 2 helai daun pandan di simpul
          • sedikit air untuk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan


          Cara-cara buat inti

          Masak air gula merah/melaka dengan daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) 
          Masukkan kelapa parut dan gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. 
          Inti akan menjadi warna keperangan.
           Angkat. Buang daun pandan tadi.


          Untuk kulit : 
          Masukkan tepung,susu/santan,air,telur, garam dan pewarna hijau serta minyak masak dalam blender/pengisar, blend sampai semua sebati. 

          Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. 

          Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.
          Viewing all 1256 articles
          Browse latest View live